Monday 9 May 2016

ADVANTAGES AND DISADVANTAGES OF COMPUTER GAMES





Assalamualaikum and good evening to our lecturer and friends. We want to talk about should computer games used in classroom instuction.

Definition of computer games is a ​game that is ​played on a ​computer, in which the ​pictures that ​appear on the ​screen are ​controlled by ​pressing ​keys or ​moving a ​joystick. I strongly believe that computer games are useful in classroom instruction. There are a few benefits of computer games.
Firstly, computer games contain educational learning. Keith Devlin a Stanford  Mathematician, says that “computer games are perfect way to teach math. If you practice a math game, you will get better at math. Computer game can even specialize for certain curriculum with history, math and science to make learning fun.

Children can study with using computer games. Nowadays many computer games are used as an educational tool. And those games are very interesting for children because they use many cartoons and animations. Therefore it is fun and easy way for children to learn new things.

Sorry for pardon your point. In my opinion, computer games are not an effective tool clasroom instruction. Computer games are not an effective learning tool simply because of their name. Even if these activities have educational value, they should not be call games. A lot of educators are too eager to apply high tech solutions to education that might not have any real value towards teaching kids.
On the other hand, computer games are more for entertainment than learning. There can be times when a computer game is educational and can be used as a special treat in the classroom. For the most part, though, games often encourage lack of an attention span and are more for entertainment purposes than for learning. As a special treat, they could be used to help kids learn or apply themselves. When i was in a class computer class in school, we were allowed to pay games once we finished our homework. This encouraged student to apply themselves at the task in order to have a reward at the end.

My thoughts about computer games that firstly it destroys the human eyes because people sit near computer so much time that they don’t care about their health don’t think about their eyes. It also effects on nervous system. Children become more aggressive and they cannot distiguish the real life and virtual. By the way computer games affect students like because they become addicted.

I am agree with your opinion about the healthy but i think computer games only used in classroom but for the other positive affect is there are a lot of computer games that are both fun and educational. If these games are properly used in the classroom they can really help certain student to learn. The games should not over take the classroom but once in a while as a fun alternative is a great idea.
With regards to the positive effects, playing computers games can develop children’s cognitive skills.  Many popular games require abstract and high level thinking skills in order to win, skills that may not be taught at school. For example, children need to follow instructions, solve complex problems and use logic in many of the games that are currently popular.

And the last point is computer games can attracts more attention of children on the subject. As a teacher, they use variable alternative instruction in the classroom. One of the alternative can be used is computer games because the application will show the interesting animation, videos and more. This instrument can give more happy mood for children to learn the subject.





VIT C NLEE BEAUTY

Sapa nak cantik? Sapa nak putih? Sapa nak nampak berseri-seri? " hai hampa. sapa nak semua tuu angkat tangan ? 🙋🏼 nak semua tuu tapi nak harga mampu milik.

hampa kalau try vitc nie memg puas hati. sebab apa aween cakap cmtu? sbbnya aween sendiri yg guna.
kesan memg superb laa. sapa yang dah guna, mesti tau kan. sapa yang tak try lg tp rasa nk try mai try lekaih.
1botol : RM30
3botol : RM80
4botol : RM100

LIPBALM HOMEMADE

assalamuaikum & hai 🙋🏼.
cuti2 ni mst hampa taktau buat apa kan. dok sja tu mai laa baca pasal kbaikan lipbalm amoylin kita ni sat. lip balm dripada madu kelulut??

1st time dgr kann. selalu madu ni kita guna untuk tujuan perubatan dan kesihatan ja. ni siap proses buat lip balm lagi..

musim-musim panas ni bibir selalu kering dan merekah kan. hah elok sangat kalau hampa semua guna lip balm ni.
bibir hitam pun blh jadi merah-merah balik. 
100% organic .

kebaikan lip balm
√melembutkan bibir 
√melembabkan bibir 
√merawat bibir kering & pecah
√memerahkan bibir
√menghilangkan bibir hitam akibat pemakain lipstik 
√penggunaan berterusan akan menjadikan bibir pink secara semulajadi
√tak luntur makan&minun
√halal & blh bawa solat

SATU BEKAS TAHAN SETAHUN LEBIH 
 hampa takmau lg.




MENCARI KEREDAHAAN ILAHI


MENCARI KEREDHAAN ILAHI

Ikuti kisah penceritaan seorang maknyah mahupun pondan yang telah mendapat hidayah dan kenerkatan daripada Allah S.W.T. Beliau iaitu Muhammad safiudin bin ilias yang dikenali sebagai safiey atau din dan juga dikenali sebagai sofia ketika dirinya menjadi maknyah. Beliau merupakan seorang usahawan muda yang berjaya yang telah mendapat hidayah untuk kembali ke jalan Allah. 

PROGRAM KLK DI PEJABAT MUKIM SG LAKA BAGI PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA



HARI/ TARIKH  : SABTU 17/10/2015
MASA  :  8.30 AM- 5.00 PM
AKTIVITI  : PROGRAM KLK DI PEJABAT MUKIM SG LAKA

Semua unit kokurikulum yang terlibat KLK pada hari tersebut berkumpul di kawasan Pejabat Mukim Sg Laka bagi pergagihan makanan pagi. Pada masa yang sama, semua kumpulan siswaniaga A dan B, bersama-sama menyusun kerusi dan meja dan menyediakan sudut pameran kepada orang ramai.Di samping, terdapat beberapa aktiviti yang bakal dijalankan di Pejabat Mukim Sg. Laka seperti aktivit mewarnai bersama ibu bapa, dan cabutan bertuah.


 Pada tengahari tersebut, kesemua pelajar sibuk dalam menyediakan makanan tengahhari di samping membantu orang kampung menyediakan lauk kepada pelajar. Pelbagai jenis lauk yang disediakan oleh orang kampung. Siswaniaga A dan B harus menyediakan makanan bagi unit kokurikulum yang lain dan orang setiap penghulu kampung bagi setiap mukim akan datang untuk mengambil makanan mereka. Aktiviti ini dapat merapatkan kumpulan siswaniaga A dan B.

Pada jam 5 petang kesemua pelajar bersurai. 



























EKONOMI DAN PEMASARAN DALAM PEMBUATAN DASAR









PUBLIC POLICY


TYPE OF PUBLIC POLICY
ENJOY THIS VIDEO GUYSSSSS!!!

http://study.com/academy/lesson/what-is-public-policy-definition-types-process-examples.html

PENILAIAN PRESTASI BAGI KAEDAH DAN PROSES DALAM SUMBER MANUSIA

1.0 PENGENALAN
Penilaian prestasi ialah satu pendekatan yang bersistem untuk menilai kerja seseorang pekerja dengan menggunakan cara lisan atau bertulis bagi membantu dan memperbaiki prestasi kerja masa hadapan bagi individu yang dinilai tersebut.  Oleh itu, dengan adanya penilaian prestasi ini dapat menggalakkan para pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun, cekap, dan amanah bagi meningkatkan tahap produktiviti organisasi tersebut serta memastikan kemajuan organisasi berada pada tahap yang membanggakan.

2.0 DEFINISI PENILAIAN PRESTASI
Menurut Mc Gregor (1960) berpendapat bahawa penilaian prestasi selalunya dipandang sebagai suatu bentuk teknik pentadbiran personel, tetapi di mana ia digunakan untuk tujuan pentadbiran, ia menjadi sebahagian dari strategi pengurusan yang logiknya bertujuan untuk mengarahkan pekerjanya supaya menunjukkan usaha ke arah mencapai matlamat organisasi. Pengurusan hendaklah memberitahu pekerja-pekerjanya apa yang perlu mereka buat, menilai pencapaian mereka, seterusnya memberi ganjaran mengikut keadaan.

3.0 KAEDAH PENILAIAN PRESTASI
Proses penilaian prestasi boleh dilakukan dengan beberapa cara mengikut setiap organisasi itu sendiri. Mengikut Stephen P. Robins (1995), terdapat 3 cara untuk melakukan penilaian prestasi iaitu “absolute Standard, relative Standard, dan objektif”.



3.1 KAEDAH ABSOLUTE STANDARD
Absolute standard ialah setiap pekerja tidak akan dibezakan di antara satu sama lain atau dengan kata lain tidak ada istilah berat sebelah untuk menilai setiap pekerja dan pekerja akan dinilai dengan cara sama rata. Terdapat beberapa cara yang termasuk didalam kumpulan ini, iaitu penulisan essei, keadaan genting (incident critical) dan senarai semakan.  Penulisan eesei ialah satu cara yang memerlukan pekerja menulis esei yang mengandungi kekuatan, kelemahan, prestasi yang lalu, potensi dan cadangan untuk peningkatan. Cara penilaian bagi penulisan esei ini adalah bergantung kepada kebolehan pekerja dalam menulis.  Ianya tidak melibatkan bentuk yang kompleks atau latihan intensif untuk menyiapkannya.

Manakala critical incidents merujuk pelbagai pernyataan yang menghuraikan prestasi pekerja dar segi kelakuan yang positif atau negative. Penilai akan mencatatkan contoh-contoh kritikal kelakuan kerja ini semasa pekerja sedang menjalankan tugas. Kelakuan yang sederhana tidak dikumpulkan. Kelebihan penggunaan critical incidents adalah maklum balas yang lebih tepat dan terperinci kerana contoh-contoh spesifik prestasi dikenalpastikan. Ini memberikan maklumat tentang tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi kelemahan pekerja itu. Akan tetapi memerlukan masa dan kos bagi membentuk senarai kejadian kritikal untuk setiap jenis kerja dalam organisasi itu.

Insiden-insiden kritikal digunakan untuk membentuk senarai semakan. Senarai semakan mengandungi siri pernyataan yang menghuraikan kelakuan yang berhubung dengan kerja. Contohnya, para pekerja rela menghadiri sesi latihan apabila diminta oleh penyelianya. Penilai akan menyemak setiap kelakuan dalam senarai semakan ini dengan kelakuan sebenar pekerja, dan kemudiannya menandakan ya atau tidak untuk insiden itu. Tujuan utama penyenaraian semakan adalah untuk mengurangkan kos di mana sesebuah organisasi mempunyai beberapa kategori pekerjaan, senarai semula mesti dibuat pada setiap kategori.

3.2 KAEDAH RELATIVE STANDARD
Kaedah kedua ialah Relative Standard iaitu pekerja dibandingan antara pekerja dalam penilaian prestasi pekerja. Terdapat dua cara iaitu taraf berkumpulan dan taraf individu. Taraf berkumpulan ialah nilaian dibuat oleh teman sekerjanya yang mempunyai taraf yang sama di dalam organisasi. Organisasi perniagaan jarang menggunakan cara ini kerana sukar mendapatkan para penilai terutama sekali bila nilaian itu bertujuan untuk kenaikan gaji atu pangkat. Biasanya cara ini digunakan oleh tentera khasnya di pusat latihan untuk mengenalpasti potensi kepimpinan.

Taraf individu atau turut dikenali sebagai menilai diri sendiri iaitu pekerja-pekerja diberi peluang untuk menilai dirinya sendiri. Biasanya peluang ini diperolehi dalam organisasi di mana pengurusnya memberi keutamaan kapada penglibatan pekerja dalam setiap aktiviti organisasinya. Bagaimanpun cara ini hanya akan berkesan jika pekerja itu mengetahui apakah objektif yang patut mereka capai ataupun pencapaian yang patut mereka lakukan. Salah satu kebaikan cara ini ialah ia boleh membuatkan pekerja lebih bermotivasi dan bertanggungjawab.

3.3 OBJEKTIF
Keadah terakhir ialah untuk menilai prestasi adalah objektif. Ianya diaplikasikan dalam bentuk MBO "Management by Objective".  Penyelia dengan pekerja akan bersama-sama menetapkan pelbagai objektif spesifik yang ingin dicapai untuk tempoh tertentu. Objektif tersebut menyebut prestasi yang akan dicapai oleh pekerja. Ia merupakan elemen yang paling penting dalam program mengikut objektif. Penilaian prestasi akan dibuat pada akhir tempoh yang berkenaan secara membandingkan pencapaian sebenar dengan setiap objektif yang telah ditetapkan pada awal program itu. Kekerapan penyemakan ini dibuat bergantung kepada organisasi tersebut.

Sebagai contoh, di Universiti Malaya, satu sistem diwujudkan untuk menilai prestasi para pekerja yang dikenali sebagai KPI.  Di dalam sistem tersebut, satu KPI wajib akan diletakkan di mana ianya merupakan objektif kepada pekerja dalam menjalankan tugas dan sasaran terhadap tugas tersebut.  Di akhir tahun, pekerja tersebut akan dipanggil oleh penilai untuk dinilai dan markah akan diberikan kepada setiap penilaian yang dibuat.  Dengan cara ini, pekerja dapat mengetahui tahap prestasi mereka dan ini juga sebagai motivasi kepada mereka untuk berusaha mendapat markah yang tinggi dalam penilaian prestasi tersebut.

3.4 KAEDAH LAIN
            Skala pengkadaran grafik melibatkan kaedah penilaian menggunakan skala atau garisan yang menunjukkan linkungan pelbagai kriteria pretasi. Kriteria ini boleh dibentuk daripada penghuraian kerja. Kriteria-kriteria prestasi yang biasanya digunakan termasuk pencapaian kerja dari segi kuantiti dan kualiti, kemahiran yang diperlukan untuk kerja itu seperti kemahiran komunikasi, pengetahuan kerja, dan kelakuan kerja seperti kebolehpercayaan.  Kaedah ini paling kerap digunakan dalam organisasi. Hal ini kerana, kaedah ini membolehkan prestasi diukur dengan agak sempurna kerana kerja itu boleh dibahagikan kepada pelbagai faktor.


4.0 PROSES PENILAIAN PRESTASI
Proses penilaian prestasi bermula dengan mengenalpasti tujuan utama penilaian itu diadakan. Tujuan ini untuk pembangunan sumber manusia atau mungkin fokus terhadap aspek pentadbiran. Apabila mengenalpasti tujuan ini maka satu penilaian yang spesifik bolehlah dibentuk dan tahap (standard) pencapaian akan ditentukan. Selepas mengenalpasti tujuan penilaian ini, maka para pekerja hendaklah diberitahu tahap pencapaian yang harus dicapai oleh mereka. Perkara ini boleh dibuat melalui kajian-kajian terhadap analisa kerja dan spesifikasi tugas.

Apabila pekerja mengetahui tahap mana yang harus dicapai, maka pengurus atau penyelia akan membuat pemerhatian ke atas pencapaian kerja. Kemudian akan menilai dengan membandingkan dengan tahap kerja yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Selepas penilaian dihantar, hasilnya akan diberitahu kapada para pekerja samada mereka telah mencapai tahap yang dikehendaki atau tidak. Di samping itu juga penyelia hendaklah menekankan semula keperluan-keperluan kerja kepada pekerja dengan harapan pekerja akan dapat memperbaiki sebarang kelemahan yang berlaku (Mondy, 1990).

Satu contoh yang menjelaskan proses penilaian prestasi dalam perkhidmatan awam melalui perlaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berasaskan kepada sistem peningkatan kompetensi. Sistem ini dilaksanakan di kebanyakkan jabatan-jabatan kerajaan sama ada pada peringkat persekutuan atau negeri dan juga diguna pakai oleh sebahagian besar badan-badan berkanun dan majlis perbandaran tempatan. Penilaian prestasi di dalam SSM adalah berasaskan yang terdapat di dalam Sistem Saraan Baru (SSB).

5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan keadah-kaedah yang telah diterangkan di bahagian atas, dapat disimpulkan sistem penilaian prestasi merupakan pendekatan utama dalam mengukur prestasi seseorang pekerja dalam menjalankan tugas. Melalui penilaian ini juga, ia menentukan tahap motivasi seseorang pekerja. Oleh itu, organisasi perlu bijak dalam menilai prestasi para pekerja mereka agar situasi penurunan motivasi pekerja tidak akan berlaku kerana ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan emosi dan tahap keyakinan pekerja terganggu. Kaedah penilaian prestasi dan proses merupakan elemen penting untuk melaksanakan sesuatu penilaian prestasi terhadap para pekerja. Pada pendapat saya, kaedah yang paling berkesan ialah kaedah keadaan genting (critical insidents), senarai semakan, penulisan esei, objektif dan skala pengkadaran grafik. 


HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PUSAT DENGAN KERAJAAN NEGERI SERTA KERAJAAN TEMPATAN

1.0     Pengenalan

Secara umumnya, terdapat 3 bentuk kerajaan yang diamalkan oleh negara-negara di seluruh dunia iaitu negara Persekutuan, Kesatuan dan negara Gabungan.  Menurut K.C Wheare yang mana mengatakan apa yang penting bagi prinsip federalism ialah, antara lain wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan negeri dan tiap-tiap kerajaan “hendaklah dihadkan kepada bidang kuasa masing-masing dan dalam pada itu yang satu hendaklah bebas daripada campur tangan yang lain”. Takrif federalism ini sangat menitikberatkan ketiadaan campur tangan dari mana-mana kerajaan dalam soal bidang kuasa yang dihadkan kepada dua peringkat kerajaan dalam Persekutuan (Mohd Noor Alam, 1984).

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan dan di bawah sistem ini terdapat 3 bentuk struktur kerajaan iaitu kerajaan Pusat, kerajaan Negeri dan kerajaan Tempatan. Oleh itu, kerajaan pusat masih mempunyai hubungan antara kerajaan bawahannya. Hubungan ini terdapat dalam pelbagai bidang di antara kerajaan pusat dan dua peringkat kerajaan bawahan, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Skop hubungan ini dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara yang menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan yang mengandungi 14 buah negeri, iaitu 13 negeri dan sebuah wilayah Persekutuan.

Hubungan antara setiap peringkat kerajaan dan negeri-negeri ini boleh dilihat melalui beberapa mekanisme yang telah ditubuhkan. Antara mekanisme yang akan dijelaskan di dalam tugasan ini ialah hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri melalui Majlis Raja-Raja, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Tanah Negara. Manakala hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan pula adalah melalui Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.



2.0     Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah institusi tradisi yang diwakili oleh sembilan orang sultan yang memegang takhta di negeri masing-masing dan empat orang Yang Dipertua Negeri di mana mereka mewakili negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan.   Majlis Raja-Raja bukan sahaja sebuah institusi yang memainkan peranan dalam perlantikan Yang di-Pertuan Agong malah menjadi sebuah institusi yang turut memainkan peranan dalam merapatkan hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta kerajaan tempatan. 

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan, hubungan rapat antara ketiga-tiga peringkat kerajaan sangatlah penting bagi mencapai kata putus dalam mencorakkan kemajuan negara. Oleh itu, Majlis Raja-Raja berperanan dalam mewujudkan hubungan yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk memudahkan tadbir urus antara kedua-dua peringkat kerajaan. Pertelingkahan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat secara tidak langsung, akan mengundang kesan yang buruk kerana kedua-dua kerajaan saling berkait antara satu sama lain dalam pentadbiran negara.

Bagi mewujudkan satu hubungan yang rapat antara kedua-dua kerajaan, Majlis Raja-Raja bertindak untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang berlaku yang melibatkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.  Peruntukkan yang diberikan kepada Majlis Raja-Raja untuk mengadili sebarang pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah untuk mencapai persetujuan yang adil dan saksama antara kedua-dua pihak.  Keputusan yang seimbang sangat penting bagi mengelakkan diskriminasi terhadap satu-satu pihak.  Majlis Raja-Raja merupakan institusi yang berkesan sebagai pendamai antara kerajaan pusat dan negeri kerana keanggotaan ahli Majlis Raja-Raja terdiri daripada sultan-sultan negeri masing-masing.  Oleh hal demikian, keputusan yang diambil adalah adil kepada kedua-dua pihak memandangkan semua sultan dan Yang Dipertua Negeri terlibat dalam menentukan keputusan yang dibuat.
            Seterusnya Majlis Raja-Raja turut memainkan peranan dalam menimbang soal agama Islam dan adat istiadat dalam negara yang melibatkan perkara tersebut di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.  Bagi menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam di seluruh negara, kerajaan Persekutuan perlu untuk menjalankan kuasa tersebut dengan bantuan kerajaan negeri bagi melaksanakannya dengan berkesan.  Memandangkan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam dan juga ketua negara, kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu menurut perintah baginda dalam melaksanakan pentadbiran yang berkaitan dengan agama Islam.

 Tambahan lagi apabila Majlis Raja-Raja boleh dengan menurut Perkara 38(6)(C) Perlembagaan Persekutuan iaitu mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan.  Kaedah inilah yang diguna pakai dalam menyelaras dan menyeragamkan perundangan Islam dan pengeluaran fatwa di Malaysia.  Oleh itu, apa-apa penyeragaman yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja perlulah dilaksanakan pada setiap kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta kerajaan tempatan.  Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Persefahaman yang diwujudkan oleh kedua-dua peringkat kerajaan ini dapat menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam di seluruh negara.  Bahagian ini tidak menyebut dengan jelas hubungan setiap kerajaan dengan kerajaan tempatan berkaitan dengan hal ehwal agama kerana kerajaan tempat adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

            Selain itu, Majlis Raja-Raja juga memainkan peranan dalam menghubungkan kerajaan pusat dan negeri melalui perubahan sempadan negeri.  Perkara yang melibatkan perubahan persempadanan negeri melibatkan kedua-dua peringkat kerajaan.  Oleh itu, Majlis Raja-Raja merupakan institusi yang memberikan perkenan kepada proses perubahan persempadanan negeri supaya keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan adil dan dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan.  Pengambilan sesuatu wilayah melibatkan banyak isu daripada teoretikal kepada yang bersifat praktikal. 

Hal ini demikian kerana, pengambilan sesuatu wilayah menyebabkan sesuatu negeri itu telah kehilangan sumber pendapatan mereka dan kedaulatan negeri tersebut juga semakin mengecil. Sebagai contoh, pengambilan Putrajaya oleh Kerajaan Persekutuan daripada negeri Selangor telah menyebabkan negeri tersebut kehilangan sebahagian kedaulatan wilayahnya serta hasil bumi yang ada pada kawasan tersebut.  Pengambilan Putrajaya daripada negeri Selangor yang berlaku pada tahun 1995 sedikit sebanyak telah memberikan kesan terhadap sumber kepada kerajaan negeri Selangor.  Pengambilan sesuatu wilayah daripada sesebuah negeri oleh kerajaan pusat perlulah mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja agar tidak berlaku pertelingkahan di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.  Oleh itu, peranan Majlis Raja-Raja dalam menghubungkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri ke arah suatu pertalian yang positif sangat penting bagi mewujudkan suasana yang selesa di dalam pentadbiran negara Malaysia.
                         
3.0            Majlis Kewangan Negara

Perkara 108 memperuntukan bahawa hendaklah ditubuhkan sebuah Majlis Kewangan Negara untuk membolehkan perkara-perkara penting mengenai kewangan pusat dan kewangan negeri diselaraskan.  Majlis ini terdiri daripada Perdana Menteri, seorang menteri lain yang ditetapkan oleh Perdana Menteri (Menteri Kewangan telah ditetapkan) dan seorang wakil dari tiap-tiap sebuah negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri.  Seterusnya, majlis ini dipanggil bermesyuarat oleh Perdana Menteri seberapa kali yang difikirkannya perlu dan juga pada bila-bila masa yang diminta oleh wakil-wakil dari tiga buah negeri ataupun lebih.  Sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan bagi tiap-tiap tempoh dua belas bulan.

Dalam sesuatu mesyuarat, Perdana Menteri boleh diwakili oleh seorang menteri lain, dan mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau menteri yang mewakilinya.  Biasanya, Perdana Menteri menamakan Timbalan Perdana Menteri sebagai wakilnya dan dia menjadi pengerusi. Sehari sebelum mesyuarat dilangsungkan, pihak Perbendaharaan Persekutuan akan mengadakan perjumpaan dengan para Pegawai Kewangan Negeri bagi menyediakan agenda dan bagi mendapatkan persetujuan sementara supaya agenda dan persetujuan itu boleh dikemukakan dalam mesyuarat majlis pada hari esoknya.

Adalah menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan dengan pemberian yang akan diberi oleh Persekutuan kepada negeri, negeri; menyerah hak semua bahagian hasil atau apa-apa bahagian hasil mengenai mana-mana cukai atau bayaran persekutuan kepada negeri; pinjaman tahunan yang dikehendaki oleh Persekutuan dan negeri-negeri dan bagaimana pihak Persekutuan dan pihak-pihak negeri menjalankan kuasanya bagi meminjam wang; memberi pinjaman kepada mana-mana negeri; membuat rancangan pembangunan mengikut perkara 92; prosedur kewangan dan prosedur akaun, serta audit dan akaun bagi Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa awam. 

Selain itu, apa-apa cadangan bagi mengemukakan suatu rang undang-undang untuk mengubah pemberian mengikut kepala, untuk memberi negeri-negeri yang mengeluarkan galian sebahagian daripada duit eskport ke atas galian-galian itu; dan apa-apa perkara lain yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang Persekutuan supaya diadakan rundingan mengenainya dengan Majlis Kewangan Negara.   Kerajaan Persekutuan boleh berunding dengan Majlis Kewangan Negara mengenai apa-apa perkara lain, sama ada ia melibatkan soal kewangan atau tidak.  Kerajaan Negeri boleh berunding dengan majlis ini mengenai apa-apa perkara yang menyentuh kedudukan kewangan negeri itu.


3.1     Hal Ehwal Kewangan

Pembahagian kuasa kewangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta Kerajaan Tempatan adalah merupakan aspek penting dalam sistem pentadbiran negara persekutuan, yang perlu dipatuhi kerana selain daripada kuasa perundangan, kuasa inilah yang menentukan kekuatan sesuatu kerajaan di dalam negara persekutuan. 

i.               Kuasa Percukaian

Sumber-sumber asli mendatangkan hasil yang dapat membiayai segala urusan pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan.  Hasil ini diperolehi terutamanya sekali melalui kuasa percukaian.  Oleh itu, di Malaysia kuasa percukaian ke atas sumber-sumber asli dibahagikan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri mengikut susunan pembahagian yang termaktub di dalam Jadual 10, dan Perkara IID (1). Mengikut jadual ini, di antara sumber-sumber hasil yang diserahkan kepada kerajaan-kerajaan Negeri ialah, hasil daripada kedai-kedai todi, cukai-cukai tanah, lombong dan hutan, cukai hiburan, zakat, fitrah dan baitulmal, dan bayaran sewa tanah-tanah negeri.  Kecuali hasil daripada hutan yang lain tidak begitu penting dari segi sumbangan kewangan.

ii.             Bantuan Kewangan

Bagi negeri-negeri di Semenanjung, Perkara 109 dan Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua dalam Jadual 10 menentukan jenis bantuan kewangan kerajaan Persekutuan dan keadaan-keadaan yang membolehkannya mendapatkan bantuan. Dua jenis bantuan yang dipertanggungjawabkan ke atas kerajaan Persekutuan, iaitu bantuan capitation dan bantuan jalan.  Kedua jenis bantuan ini wajib diberi kepada kerajaan negeri pada tiap-tiap tahun mengikut kiraan yang ditetapkan.  Selain daripada bantuan wajib ini, dua jenis bantuan mengikut budi bicara kerajaan Persekutuan boleh diberi kepada sesuatu kerajaan Negeri.  Bantuan budi biacara ini ialah bantuan bagi maksud khas iaitu dari segi bantuan pembangunan, bantuan-bantuan menambah hasil negeri dan bantuan bagi mengadapi sesuatu kemungkinan. 

iii.            Kuasa Pinjaman

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri hanya boleh meminjam jika pinjaman tersebut diluluskan oleh undang-undang.  Kerajaan tempatan juga boleh membuat pinjaman daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 47 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Kuasa pinjaman bagi kerajaan Negeri, tidak seperti kuasa pinjaman kerajaan Persekutuan, tertakluk kepada beberapa syarat sekatan.  Undang-undang yang membenarkan kerajaan Negeri membuat pinjaman diwajibkan mengenakan dua syarat pilihan kepada kuasa.

 Undang-undang tersebut, hendaklah membenarkan kerajaan Negeri menerima pinjaman hanya daripada kerajaan Persekutuan atau daripada mana-mana sumber kewangan yang diluluskan oleh kerjaan Persekutuan. Di samping itu juga, kerajaan Negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman, kecuali dari kerajaan Persekutuan atau bank yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan. Tempoh pinjaman yang dibenarkan daripada sebuah bank yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan ialah tidak melebihi 5 tahun.

Dengan cara tidak lansung, tanpa menghiraukan maksud yang mendorongkan peruntukan syarat seperti ini, kuasa pinjaman negeri tertakluk kepada budi bicara kerajaan Persekutuan.  Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, sekatan dalam Fasal (2) dikenakan tetapi tidak secara menyeluruh. Kedua negeri ini boleh meminjam dari sumber-sumber dalam negeri tanpa persetujuan Persekutuan.

Seterusnya, bagi kerajaan tempatan walaupun dikatakan kerajaan tempatan mempunyai status autonomi kewangan tetapi tidak bermaksud bahawa ia mesti berdikari dari segi kewangannya.  Di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah memperuntukan bahawa hasil kerajaan tempatan adalah daripada hasil cukai harta (taksiran atau kadaran), bayaran sewa, lesen dan lain-lainnya yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.  Namun begitu, jika dilihat dalam konteks hubungan antara ketiga-tiga peringkat kerajaan dalam Negara Persekutuan ini, kerajaan negeri dan kerajaan pusat mestilah memainkan peranannya terhadap kerajaan tempatan. 

Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mestilah memberi bantuan kewangan kepada kerajaan tempatan disebabkan peruntukan hasil bagi kedua-dua peringkat kerajaan ini adalah lebih banyak berbanding dengan kerajaan tempatan.  Bantuan kewangan yang diberikan adalah dalam bentuk geran.  Pemberian geran ini merupakan satu saluran kawalan yang diperuntukan ke atas kerajaan tempatan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.  Terdapat lima jenis geran yang dimaksudkan iaitu tiga daripada kerajaan persekutuan dan dua lagi daripada kerajaan negeri.  Geran daripada kerajaan pusat adalah geran pelancaran, geran penyelenggaraan dan geran jalan.  Manakala dua lagi daripada kerajaan negeri adalah geran imbangan dan geran pembangunan.  Pemberian jenis bantuan ini mampu membantu kerajaan tempatan untuk menggerakkan lagi pentadbiran dengan lebih maju.

4.0     Majlis Tanah Negara

Di dalam perlembagaan jelas menyatakan di dalam perkara 91 di mana kerajaan telah menubuhkan suatu Majlis Tanah Negara. Majlis ini bertujuan merancang suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbir mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya.  Ia terdiri daripada seorang wakil dari tiap-tiap negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri, dan wakil-wakil yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan di mana bilangannya tidak melebihi daripada sepuluh orang.

 Satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun di mana pengerusi perlu memanggil majlis tersebut untuk bermesyuarat seberapa kerap yang perlu. Pihak berkuasa yang melantik pengerusi atau wakil boleh melantik seseorang yang lain untuk mengambil tempat mereka di dalam mesyuarat tersebut sekiranya pengerusi atau wakil negeri mahupun wakil Persekutuan tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut.  Peranan majlis ini adalah membentuk dari semasa ke semasa dan melalui rundingan dengan Kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri dan Majlis Kewangan Negara mengenai sesuatu dasar negara bagi memaju dan mengawal penggunaan tanah di seluruh persekutuan.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengikut dasar yang telah dibentuk dan digubal itu.  Mana-mana ahli dalam majlis itu boleh memohon pengisytiharan mahkamah atau menggunakan tekanan politik sekiranya mereka tidak dapat mengikuti dasar yang telah dibentuk.  Bagi Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan-kerajaan yang lain, mereka boleh berunding dengan majlis itu mengenai apa-apa perkara lain berhubung dengan penggunaan tanah atau mengenai apa-apa undang-undang yang dicadangkan mengenai tanah atau mengenai pentadbiran mana-mana undang-undang itu. Majlis tersebut diwajibkan untuk menasihatkan kerajaan yang berkenaan mengenai perkara-perkara seperti itu.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, mereka mempunyai wakilnya yang tertentu di dalam majlis tersebut tetapi tidak seorang pun dalam kalangan mereka diwajibkan mengikut dasar yang dibentuk oleh Majlis Tanah Negara dan wakil-wakilnya juga tidak terlibat dalam sebarang pengundian.  Parlimen boleh memperuntukkan sebaliknya dengan persetujuan Yang Dipertua Negeri yang berkenaan dan jika parlimen memperuntukkan sedemikan, setiap orang wakil dari Sabah dan Sarawak yang berhak mengundi hendaklah ditambahkan seorang wakil kepada bilangan wakil persekutuan yang maksimum itu.




4.1     Tanah Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Di dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan, menurut seksyen 40 Kanun Tanah Negara 1965, semua tanah yang terdapat di dalam negara ini yang tidak diberi milik adalah kepunyaan sepenuhnya Pihak Berkuasa Negeri iaitu Raja dan Yang Dipertua Negeri bagi setiap negeri di Malaysia. Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negeri mempunyai kuasa eksekutif dan kuasa perundangan terhadap tanah.

Undang-undang mengenai tanah telah diberi kuasa kepada Parlimen untuk tujuan penyeragaman undang-undang.  Pihak Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut tanpa memerlukan persetujuan daripada pihak kerajaan negeri. Di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan syarat pengambilan tersebut adalah untuk tujuan awam dan dan tertakluk kepada syarat untuk memastikan pembayaran pampasan dibuat secara adil dan munasabah (Nor Asiah Mohamad, 2013).

Oleh yang demikian, terdapat peruntukan-peruntukan yang rapi dan teliti dalam perlembagaan persekutuan bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan mendapatkan tanah untuk kegunaanya dan pemilihan mana-mana tanah rizab kepada Kerajaan Persekutuan hanya boleh diberikan untuk tujuan umum semata-mata dan tertakluk pada dan tertakluk pada bayaran premium serta cukai tanah.

4.2     Pengambilan Tanah bagi Maksud Persekutuan

Jika Kerajaan Persekutuan ingin memiliki tanah di dalam sesebuah negeri berkenaan untuk selama-lamanya. Kerajaan negeri hendaklah berbuat demikian dengan tidak mengenakan apa-apa sekatan tentang kegunaan tanah itu. Setiap pemilikan tanah Kerajaan Persekutuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri haruslah negeri tersebut berhak terhadap hasil cukai , caj dan sumber pendapatan yang dipungut atau dihasilkan di dalam negeri sebagaimana ditetapkan di bawah Perkara III Jadual Kesepuluh yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.bayaran premium dan cukai tanah yang telah pun dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dibayar mengikuti kadar nilai semasa termasuklah cukai dan royalti daripada hasil balak dan perlombongan. Selain itu, bayaran cukai tahunan juga dikenakan kepada tanah tersebut besera apa-apa kepentingan terhadapnya.

Nilai cukai yang dikenakan adalah berdasarkan kepada jenis guna tanah berdasarkan nilai semasa. Kenaikan nilai tanah tidak akan diambil kira sekiranya nilai tanah tersebut disebabkan oleh pembangunan semasa dirizabkan. Sekiranya dalam memenuhi tuntutan Kerajaan Persekutuan yang menghendaki tanah untuk tujuan awam di mana-mana negeri menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menggantikan tanah tersebut dengan tanah yang lebi tinggi nilainya, maka Kerajaan Persekutuan dikehendaki membayar perbezaan harga yang terpaksa ditanggung Kerajaan Negeri bagi menggantikan tanah yang telah diberikan.

Mana-mana tanah yang telah dicadangkan bagi maksud negeri dan jika tanah lain diambil oleh negeri sebagai ganti tanah yang awal dan harga tanah yang diambil lebih daripada jumlah yang dibayar oleh kerajaan persekutuan selain daripada bayaran cukai untuk kepentingan yang diberikan kepada persekutuan. Pihak persekutuan hendaklah membayar kepada negeri sejumlah wang yang berpatutan tentang kelebihan itu jika kerajaan persekutuan ingin mengambil tanah tersebut.

Peruntukan-peruntukan mengenai pengambilan tanah yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan persekutuan di dalam perkara 83 tidak menghalang perizaban tanah di sesebuah negeri bagi maksud persekutuan mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang telah dipersetujui oleh antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.  Sistem pemegangan tanah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak adalah berlainan dari sistem pemegangan tanah yang didapati di negeri-negeri yang lain. Seksyen 88 telah memperuntukan bahawa perkara Parlimen membolehkan undang-undang menyesuaikan perkara 83 hingga 87 di dalam perlembagaan persekutuan supaya perkara-perkara itu terpakai di negeri-negeri tersebut  sebagaimana ia dipakai oleh negeri-negeri yang lain. Ini adalah disebabkan negeri-negeri yang telah dinyatakan tidak mempunyai raja.

Bagi tanah rizab orang Melayu pula iaitu mana-mana tanah yang telah menjadi rizab sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada pada masa itu, boleh terus dijadikan sebagai tanah rizab orang Melayu. Mana-mana tanah yang bukan rizab orang Melayu mengikut undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam, boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu.

Jika tanah yang diduduki oleh seseorang yang bukan Melayu yang mempunyai apa-apa hak dan kepentingan terhadap tanah tersebut, tanah itu tidak boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab orang Melayu. Kerajaan mana-mana negeri boleh dengan mengikut undang-undang, mengambil tanah untuk menempatkan orang-orang Melayu atau kaum lain untuk menduduki tanah tersebut.  Negeri Sabah dan Sarawak, perkara 165A (5) memperuntukan bahawa di Sabah dan Sarawak mengikut perlembagaan bagi mana-mana undang-undang negeri untuk membuat peruntukan bagi merizabkan tanah kepada bumiputera di negeri itu atau untuk memberi mereka layanan istimewa mengenai pemberian hak milik tanah oleh pihak negeri.

4.3     Rancangan Pembangunan Negara

Selepas diterima suatu syor daripada jawatankuasa Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan mana-mana Kerajaan negeri dan Yang di-Pertuan Agong pula telah berpuas hati bahawa memberikan faedah kepada negara mengenai rancangan pembangunan dijalankan di mana-mana kawasan negeri, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan pembangunan iaitu selepas menyiarkan rancangan itu. Manakala di Sabah dan Sarawak pula tiada kawasan yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan pembangunan tanoa mendapat persetujuan daripa Yang Dipertua Negeri.

Sesuatu rancangan yang hendak dijalankan itu ditakrif sebagai suatu rancangan untuk membangun, memaju atau memelihara sumber-sumber alam dalam sesuatu kawasan pembangunan, mengeksploitasikan sumber-sumber demikian atau menambahkan peluang pekerjaan di kawasan itu.  Segala pendapatan yang diterima oleh Persekutuan daripada sesuatu rancangan yang dijalankan hendaklah digunakan untuk mengadakan peruntukan modal dan membayar belanja-belanja kerja rancangan pembangunan itu, membayar balik kepada Persekutuan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Persekutuan bagi menjalan rancangan itu dan bakinya adalah untuk dibayar kepada negeri-negeri di mana kawasan itu terletak.

5.0     Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan

Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta kerajaan tempatan juga dapat dilihat dalam mekanisme penubuhan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.  Majlis ini ditubuhkan supaya memudahkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk menyelaras apa-apa aktiviti mahupun peruntukan kewangan kepada kerajaan tempatan.  Majlis ini diketuai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan keahliannya dianggotai oleh wakil-wakil daripada kerajaan persekutan yang tidak melebihi 10 orang.  Di dalam buku Local Government in Peninsular Malaysia penulisnya menyatakan bahawa kerajaan tempatan merujuk kepada kerajaan di kawasan bandar, luar bandar atau gabungan daerah-daerah dalam sesuatu kawasan yang diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. 

Kerajaan tempatan merupakan kerajaan yang berada di peringkat paling bawah yang mempunyai autonomi yang sedikit jika dibandingkan dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.  Ia berfungsi untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada kawasan-kawasan yang telah ditetapkan di bawah pentadbirannya.  Oleh itu, badan yang mengendalikan setiap perkhidmatan di bawah kerajaan tempatan ini dikenali sebagai pengusaha tempatan.  Majlis negara yang telah ditubuhkan berfungsi sebagai pengantara antara kerajaan tempatan dengan dua lagi peringkat kerajaan yang berada di atasnya.  Majlis ini adalah sebuah badan yang merangka dasar kebangsaan untuk memaju, membangun, dan mengawal kerajaan tempatan di seluruh Malaysia.  Oleh itu kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri wajib mengikuti dasar yang dibuat oleh majlis ini.  Tetapi, Sabah dan Serawak tidak perlu mengikuti dasar yang dibuat oleh majlis ini melainkan jika Parlimen menggubal undang-undang tersebut dengan menyatakan yang sebaliknya.  Dengan itu, Sabah dan serawak perlu mengikuti dasar yang telah digubal itu sekiranya Yang di-Pertua Negeri bagi negeri tersebut juga bersetuju padanya (Mohamed Sufian Hashim,1984).  

Seterusnya, setiap peruntukan antara setiap kerajaan ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya ialah  kerajaan persekutuan telah diperuntukan kuasa untuk menggubal undang-undang atau dasar kerajaan tempatan bagi mewujudkan keseragaman untuk semua peringkat di seluruh Malaysia.  Melalui peruntukan ini, jelaslah bahawa kerajaan tempatan perlu mengikuti apa juga dasar yang digubal oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.  Menerusi Majlis ini juga kerajaan persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri wajib untuk berunding dengan kerajaan tempatan terlebih dahulu berkenaan apa sahaja undang-undang yang dicadangkan kepada kerajaan tempatan walaupun kerajaan tempatan tidak berkuasa untuk menidakkan keputusan tersebut.

Di dalam Bahagian VI Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh pengerusi seberapa kerap yang difikirkannya tetapi sekurang-kurang perlu diadakan satu mesyuarat setahun.  Jika pengerusi atau seseorang wakil seseuatu negeri atau wakil kerajaan persekutuan tidak dapat hadir dalam seseuatu mesyuarat, maka pihak berkuasa yang melantiknya boleh melantik orang lain untuk menggantikan tempatnya dalam mesyuarat itu.  Dalam hal ini,  adalah penting untuk setiap wakil untuk memberikan sepenuhnya kerjasama dan komitmen dalam setiap mesyuarat yang diadakan supaya perbincangan mahupun rundingan yang dijalankan mendapat keputusan yang dapat memenuhi kehendak semua pihak dan kata sepakat bersama setiap ahli Majlis.

            Penubuhan Majlis ini dilihat sangat penting untuk penyelarasan kuasa di setiap peringkat kerajaan.  Tujuan penyelarasan ini adalah untuk menjimatkan masa atau penggunaan sumber negara.  Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya percanggahan dalam sistem pentadbiran negara disamping mampu menjalinkan hubungan yang baik di antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.  

6.0     Rumusan

Setiap mekanisme yang telah diterangkan telah menghuraikan dengan jelas hubungkait hubungan di setiap peringkat kerajaan dalam sistem Persekutuan di Malaysia.  Perlembagaan Persekutuan menjadi medium utama dalam menjelaskan peruntukan pembahagian kuasa dan kedudukan setiap peringkat kerajaan di Malaysia.  Pembahagian ini adalah bertujuan melicinkan perjalanan sistem persekutuan dan pentadbiran supaya dapat mengelakkan sebarang pertindihan atau   campur tangan dalam kuasa kerajaan setiap peringkat.

Majlis-majlis yang telah ditubuhkan sebagai mekanisme pembahagian kuasa tersebut adalah meliputi kesemua komponen dalam pentadbiran negara.  Contohnya, Majlis Tanah Negara telah menghuraikan perincian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.  Penafian daripada undang-undang yang dinyatakan boleh menyebabkan peringkat kerajaan itu didakwa di mahkamah berkaitan perkara tersebut.  Oleh itu, amatlah penting setiap majlis yang telah ditubuhkan supaya peringkat kerajaan ini dapat menjalankan peranan mereka dengan sistematik.